Tuesday, February 3, 2009

Benarkah KumKum itu wujud?



Gambar ini telah di "bluetoothed" kepada saya daripada rakan saya. Dia kata dia ternampak seorang wanita berpakaian hitam meronda-ronda di halaman kedai-kedai di East Coast Road lewat pada sebelas malam Jumaat. Dengan segera, dia memetik gambar ini dan keesokan hari, teman wanita nya yang bekerja di sebuah pusat "beauty care" antara kedai kedai tersebut memberitahu rakan saya bahawa ada seorang wanita tua yang tidak menunjukkan muka nya mengetuk pintu gelas kedainya sambil menyahut "Kum Kum..Boleh tolong? Kum Kum..Jangan tak buka pintu..."

Anggapan saya itu mungkin seorang yang berpakaian hitam sahaja tetapi saya tidak dapat memastikan bayang-bayangnya..Pasti bukan di "photoshopped" kerana saya sudah melihat EXIF data gambar itu..

No comments:

Post a Comment