Thursday, February 5, 2009

Kunjungan / Expedisi Paranormal Photographers Singapore



Paranormal Photographers Singapore, sebuah kelab peminat photografi paranormal ataupun luarbiasa, akan mengunjungi tempat misteri/angker di Singapura pada 14hb Februari 2009. 

Itinerary kita termasuk Hospital Lama Changi (yet again!!)
Ini bukan hanya meneroka kawasan hospital itu. Kita mendapat lead daripada seorang yang adanya lewengan atau "basement" di bangunan bersebelahan dengan hospital itu. Bangunan yang ada tangga dan di hadapannya ada "carpark" dan dicantum dengan hospital itu dengan jambatan. Ini perkara baru dan hangat dan kita sekelab, berdebar untuk cuba mengunjung "basement" tersebut.

Perkuburan Kassim
Kawasan ini tidak pernah dikunjungi kita walaupun banyak kali telah melepas tempat itu sewaktu meronda dalam kenderaan. Faktor keras mengikut temu bual penduduk kampung berhampiran dulu amat tinggi dan kita cuba mengambil gambar sekitar kawasan itu. Kelab ini bukan memburu hantu tetapi memetik gambar-gambar yang mungkin terjadinya luar biasa.

Pantai East Coast
Walaupun kita kerap mengambil gambar di Pantai East Coast (di kawasan makam, di hampiran Fort Road, di kawasan beacon), kita tidak pernah meneroka kawasan yang dikatakan "Longkang 6" or something like that. Ramai rakan yang gemar memancing memberitahu kita tentang tempat itu dan akhirnya, mungkin ada masanya untuk "explore" tempat sana. Kalau ada masa, mungkin kita pergi ke Yellow Beacon yang terjadinya pembunuhan pada tahun 1989 yang mangsanya bernama Kelly.

Olive Road
Tempat ini yang saya cadangkan KC pergi "explore" apabila dia habis tugas sebab tempat kerjanya berdekatan dengan jalan ini. Tak tahu dia pergi ke tak. Anyway, tempat ini tidak banyak orang tahu kerana jalan ini terpencil dan terletak antara simpang Caldecott Hill and Joan Road. Banyak "bikers" memberitahu saya, mereka sering terserempak dengan "Kakak Cantik" di sana dan satu daripadanya menceritakan sekali dua "kakak cantik" di hadapannya apabila dia tengah menunggang motornya.

Tanah Perkuburan Mount Pleasant (Kopi Hill)
Mungkin banyak orang ingin tahu apa yang ada di kawasan gelap atas Mount Pleasant/Whitley Road/Onraet Road sana. Di sana letaknya Tanah Perkuburan Mount Pleasant ataupun "Kopi Hill" ataupun "Bukit Brown Cemetery". Di tanah perkuburan sana letaknya, kubur terbesar di Singapura miliki Ong Sam Leong dan ramai anggota keluarga "early pioneers of Singapore". Kita pernah pergi ke sana dan akibatnya, 2 orang anggota kami disampuk dan demam berpanjangan . So, this time round, kita tidak akan berbual antara satu sama lain kerana mereka yang disampuk itu akibat mulut mereka yang cabul. Di sana memang betul sarang "Kakak Cantik"..dan kekerasan tempat itu tidak dapat dijangka.

Tempat tempat ini akan kita kunjungi pada tarikh tersebut tetapi not "in order as above". Sebanyak 3 kereta will be involved and anyone interested, can email me..and i will reply if in agreement with the club.

7 comments:

  1. beb!!! gua mau ikut amacham...bolih
    badlishh@yahoo.com.sg

    ReplyDelete
  2. aku nak ikut aku minet tengok hantu :)

    ReplyDelete
  3. mmg nk pgi sngt2...!! kira2, kteorg dlm 4 org gtu yg nk ikot sama.. Tapi,mmm.. zan dgn kc pgi skali tk..??
    SNcyt90@gmail.com

    ReplyDelete
  4. hahah!BDh!KENE SAMPOK!!laEN KALI JGN STEP HEROOO!!

    ReplyDelete
  5. Kalo yg pgi sume boy, kirem slm pn cantek..
    da lh pgi aje nie carik penyakit, nnti 1 hal plak lgi.. aniwae, bedek arr! Wei!, plan terbantot kapa??, sonyap jerr dn tkde pape pn.. btw, aku nie..sori siket ekh..
    'bdh bdh sepat tiada mkn pancing emas'
    yk phm, msok skola alek.. caouz.

    ReplyDelete
  6. Untung Apa Cari Antu?????Keja Sia-sia....

    ReplyDelete
  7. kalau ada hantu..knapa dlm ujian UPSR,PMR,SPM@STPM xdibuat ujian tentang hantu...betol xada agama mereka ini..cikit2 bnda pelik blaku terus hantu..mcm mana manusia nk maju kalau masih spt KATAK BAWAH TEMPURUNG,,hantu sana,hantu sini...mana hantu..kalau ada..siar kn d tv3@rtm..jangan cakap je..bawa hantu itu d rancangan live tv..kalau ada...tahyul beb..ingat tuhan

    ReplyDelete