Wednesday, February 25, 2009

Anak Krok

Segelintir individu di negeri ini gemar membela ‘anak krok’ iaitu sejenis alat pemujaan diperbuat daripada tulang manusia yang sudah meninggal dunia walaupun dibeli dengan harga puluhan ribu ringgit.Alat pemujaan yang ‘dihidupkan’ dengan jin itu perlu diberikan makan enam titik darah tuannya sendiri setiap tiga bulan.Ia antara syarat pemilikan alat pemujaan itu yang kini popular di kalangan bomoh kerana kononnya mampu mendapat kekuatan luas biasa dan didakwa lebih hebat daripada toyol.


Malah, ada bomoh sanggup memiliki hingga 12 anak krok tanpa mempedulikan perbuatan seperti itu bersifat tahyul dan khurafat Difahamkan, anak krok diperoleh dari Thailand. Menjelaskan lebih lanjut mengenai penggunaan alat pemujaan terbabit, seorang pengamal perubatan tradisional, Fadzil Othman, 46, berkata anak krok hanya boleh diperoleh daripada bomoh tertentu dari negara jiran itu dan dipercayai tiada individu dalam negara ini mampu menghasilkannya. Dia berkata, anak krok kononnya mampu memberi wang kepada tuannya dengan mencuri daripada orang ramai seperti dilakukan toyol.“Setiap pemilik anak krok mampu memusnahkan sesuatu objek dengan mudah biar apa pun saiznya selain mampu memikat wanita cantik hanya dengan senyuman.“Bomoh juga menggunakannya sebagai alat pengimbas ala X-Ray bagi mengenal pasti jenis penyakit yang dialami pesakitnya sebelum memulakan rawatan,” katanya.

Fadzil berkata, anak krok juga boleh digunakan samseng serta menundukkan pengikut supaya patuh kepada arahan diberikan.Bagi menghasilkan anak krok katanya, tulang mestilah milik individu yang memiliki ilmu tinggi seperti guru silat atau tomoi.Semakin tinggi ilmunya, harganya boleh mencecah sehingga RM10,000 dan kekuatannya juga ditentukan berdasarkan jenis dan saiznya. Katanya, pemilik anak krok perlu membuat perjanjian aneh sebelum bergelar tuan seperti menjaganya seperti anak kandung selain membenarkannya menghisap darah sendiri sebanyak enam titik setiap tiga bulan.“Jika tidak dapat mematuhi perjanjian berkenaan, anak krok akan memberontak dan mengganggu pemilik serta ahli keluarganya,” katanya. Menurutnya, setiap anak krok hanya mampu melakukan satu perkara dalam satu masa.

(dalam packaging)
(dibuka packaging)
Anda berhati-hati lah.. Inilah yang dikatakan Kumantong atau Gumantong. Di Singapura, anak krok ini juga dijual oleh wanita-wanita tua yang membawa beg plastic meronda-ronda di pasar-pasar seluruh Singapura untuk menjual anak krok ini dengan harga yang sangat murah. Ramai samseng-samseng kita yang membelinya dan melekatkan anak krok ini di tali pinggang mereka.

Wednesday, February 18, 2009

Asal hantu kalau dipetik gambar mesti tengah posing?

Mengapa kebanyakan gambar yang ada hantu atau makhluk aneh, kalau dipetik, mesti tengah posing ah?



Mungkin direka..Mungkin coincidence..Mungkin flash menarik perhatian mereka..

Hanya semata-mata dan jangan dipercayai gambar-gambar yang ditampilkan kepada anda..








Sotong Berkepala Manusia (haha)








Seorang warga Padang, Indonesia telah menangkap seekor sotong berkepala mirip manusia apabila dia sedang memancing. Sotong itu bermirip manusia dengan dua mata, dua telinga, bibir dan hidung dan diberi nama Siti Nurbaya.. -_-"

Setelah sehari dipamerkan kepada kampungnya dan berita, sotong itu akhirnya dimasak...(nak buat Rojak Bandung agaknya haha).

Gambar seram terpetik sambil melancong di Bali

Kawan saya, Akmal telah mengirim saya gambar yang pada saya agak seram dan mengerunkan hingga bulu tengkok berdiri pertama kali saya melihat. Akmal dan isterinya telah melancong ke Bali Disember lalu, mereka pun bercadang hendak ke sebuah gua mistik di dalam sebuah kampung di Bali dengan beberapa budak kampung. Antara gambar-gambar yang dipetiknya, gambar ini yang paling pelik.




Gambar Gula Gula yang terpetik di carpark bangunan berhantu







Selaku dalam expidisi kita, kita membuat impromptu trip ke sebuah bangunan di Central Singapore yang dikatakan berhantu. Banyak orang yang bekerja sana tidak kerja lewat daripada pukul 7 kerana pasti ada kelihatan pelbagai kelibat, gula-gula dan kadang-kadang Kakak Cantik.. Nasib baik, pengawal di bangunan itu adalah pakcik angkat salah seorang anggota kami dan membenarkan kami meronda-ronda hanya sekitar kawasan sana dan bukan di dalam ofis-ofis due to security breaches. Kita tiba kira-kira pada pukul 11 malam dan baru hendak pergi dari tempat itu apabila saya ternampak lembaga putih dan dengan segera, memetik beberapa gambar in continuous mode. 2 saat setelah gambar terakhir di atas itu dipetik, lembaga yang kita syaki gula-gula, tiba-tiba hilang.

Pakcik angkat kawan saya katakan bahawa tempat itu dulunya asalnya salah satu penghuni asal Kampung Wak Hassan dahulu sebelum dia "ditendang keluar' dari kampung itu kerana menyimpan saka-saka dan menyalah guna Ilmu Laduni.




Sunday, February 8, 2009

Gambar yang dipetik dahulu terdapat muka yang seram

Gambar dan kisah ini telah diemelkan kepada saya tadi. So, boleh katakan "fresh" la walaupun kisah dan gambar ini terjadi pada tahun 70an. Pengirim gambar ini ialah Encik Sugianto, so thanks Mr Sugianto for your trouble and all.




Dia menceritakan gamabar ini dipetik semasa dia dan keluarganya balik ke kampungnya di Sumatra pada tahun 70an. Setelah gambar itu diproseskan, dia ternampak wajah perempuan tua bertaring yang sangat nyata di gambar itu. Seram sangat ternampak gambar itu, orang yang "process" (photo developer) jatuh demam dan ditimpa angin amah. Encik Sugianto juga menceritakan bahawa tempat yang gambar itu dipetik adalah sebuah gua yang angker di selatan Sumatra.

Pada pendapat saya, gambar ini macam direka jer..tapi seram juga la..




Kampung Nordin, Pulau Ubin

Kampung Nordin terletak di Pulau Ubin dan dikatakan antara tempat-tempat yang angker/keras di Singapura. Apakah yang ada di Kampung Nordin yang kian tidak ada orang lagi. Sewaktu 2001 bila saya mengunjungi Kampung Nordin, boleh terdapat tiga keluarga yang tinggal di sana. Dua berbangsa Cina dan satu berbangsa Melayu kalau tidak silap. Dua kali saya pergi ke sana untuk berkhemah sempena kegiatan NPCC sebagai cadet dan CI, kisah seram diceritakan penduduk sana dulu, Encik Othman tetap sama. Satu di kawasan "Granite Quarry" , satu di kawasan sekolah hadapan dengan "basketball court" dan lagi satu di dalam kampung itu.

Ubin Quarry ini dikatakan tempat keras kerana kata orang dahulu, wanita-wanita remaja yang telah dipaksa kahwin (arranged marriage) akan pergi ke Pulau Ubin Quarry dan terjun di kolam itu. Ada yang berkata ramai yang telah tenggelam di kolam itu telah di"panggil" oleh penunggu-penunggu Ubin Quarry itu.

Tak banyak insiden tentang bekas sekolah ini. Hanya kelihatan kelibat budak kecil berlari kadang-kadang pada waktu malam.

Gamabar ini dipetik kurang kurang 3 atau 4 tahun yang lalu di kawasan kampung nordin berdekatan dengan campsite npcc dulu. Walaupun macam terang, gambar ini deptik hampir hampir maghrib dan selaku sedang process gambar ini...at first glance, boleh nampak satu muka tengah senyum lebaran tetapi bila "enlarge"boleh kelihatan dua muka.
Adakah pulau ubin angker seperti dikatakan?






Friday, February 6, 2009

Djinn Dalam Botol (Genie in a Bottle)

Seorang remaja lelaki yang pernah memberi kisahnya di MJ12 tahun lalu, telah emel kepada kawan saya hendak menunjuknya Djinn yang dipelihara remaja itu. Mereka bertemu di rumah remaja itu di Hougang dan menunjuk rakan saya itu, 2 botol gelas yang adanya Djinn lelaki dan perempuan. Remaja itu enggan melepaskan "mereka" kerana dengan melepaskan "mereka", dia akan dibalas segala perkara dasyat yang dia pernah lakukan dengan djinn-djinn itu.




Botol ini mengandungi Djinn Lelaki..Boleh kelihatan rupanya..



Ini pula..Djinn perempuan..badannya kecil...



Ini Djinn lelaki yang tadi..Boleh kelihatan tangannya.
Yang memegang botol itu bukan tangannya -_-"


Thursday, February 5, 2009

Kunjungan / Expedisi Paranormal Photographers Singapore



Paranormal Photographers Singapore, sebuah kelab peminat photografi paranormal ataupun luarbiasa, akan mengunjungi tempat misteri/angker di Singapura pada 14hb Februari 2009. 

Itinerary kita termasuk Hospital Lama Changi (yet again!!)
Ini bukan hanya meneroka kawasan hospital itu. Kita mendapat lead daripada seorang yang adanya lewengan atau "basement" di bangunan bersebelahan dengan hospital itu. Bangunan yang ada tangga dan di hadapannya ada "carpark" dan dicantum dengan hospital itu dengan jambatan. Ini perkara baru dan hangat dan kita sekelab, berdebar untuk cuba mengunjung "basement" tersebut.

Perkuburan Kassim
Kawasan ini tidak pernah dikunjungi kita walaupun banyak kali telah melepas tempat itu sewaktu meronda dalam kenderaan. Faktor keras mengikut temu bual penduduk kampung berhampiran dulu amat tinggi dan kita cuba mengambil gambar sekitar kawasan itu. Kelab ini bukan memburu hantu tetapi memetik gambar-gambar yang mungkin terjadinya luar biasa.

Pantai East Coast
Walaupun kita kerap mengambil gambar di Pantai East Coast (di kawasan makam, di hampiran Fort Road, di kawasan beacon), kita tidak pernah meneroka kawasan yang dikatakan "Longkang 6" or something like that. Ramai rakan yang gemar memancing memberitahu kita tentang tempat itu dan akhirnya, mungkin ada masanya untuk "explore" tempat sana. Kalau ada masa, mungkin kita pergi ke Yellow Beacon yang terjadinya pembunuhan pada tahun 1989 yang mangsanya bernama Kelly.

Olive Road
Tempat ini yang saya cadangkan KC pergi "explore" apabila dia habis tugas sebab tempat kerjanya berdekatan dengan jalan ini. Tak tahu dia pergi ke tak. Anyway, tempat ini tidak banyak orang tahu kerana jalan ini terpencil dan terletak antara simpang Caldecott Hill and Joan Road. Banyak "bikers" memberitahu saya, mereka sering terserempak dengan "Kakak Cantik" di sana dan satu daripadanya menceritakan sekali dua "kakak cantik" di hadapannya apabila dia tengah menunggang motornya.

Tanah Perkuburan Mount Pleasant (Kopi Hill)
Mungkin banyak orang ingin tahu apa yang ada di kawasan gelap atas Mount Pleasant/Whitley Road/Onraet Road sana. Di sana letaknya Tanah Perkuburan Mount Pleasant ataupun "Kopi Hill" ataupun "Bukit Brown Cemetery". Di tanah perkuburan sana letaknya, kubur terbesar di Singapura miliki Ong Sam Leong dan ramai anggota keluarga "early pioneers of Singapore". Kita pernah pergi ke sana dan akibatnya, 2 orang anggota kami disampuk dan demam berpanjangan . So, this time round, kita tidak akan berbual antara satu sama lain kerana mereka yang disampuk itu akibat mulut mereka yang cabul. Di sana memang betul sarang "Kakak Cantik"..dan kekerasan tempat itu tidak dapat dijangka.

Tempat tempat ini akan kita kunjungi pada tarikh tersebut tetapi not "in order as above". Sebanyak 3 kereta will be involved and anyone interested, can email me..and i will reply if in agreement with the club.

Pemeliharaan Toyol Seorang Warga Tua di Pahang


Seorang warga tua di sebuah pekan di Pahang didapati memelihara "seekor" makhluk yang dikatakan toyol.Makhluk yang berukuran kira-kira 15 sentimeter tinggi dan sebesar penumbuk orang dewasa itu berada di dalam botol serbuk minuman bersaiz 980 gram. Badan makhluk itu berwarna kehijau-hijauan dengan matanya merah saga, manakala badannya diselimuti kain hitam serta diikat dengan tali putih.

Pekebun itu pertama kali terserempak makhluk itu di sebuah ladang getah dan menurutnya, makhluk itu meminta sedikit darah daripadanya kerana makhluk itu hampir mati akibat susuran ilmu terhadap makhluk itu.








Benarkah ini toyol ataupun boneka? Anda yang setujukan....

Tuesday, February 3, 2009

Benarkah KumKum itu wujud?



Gambar ini telah di "bluetoothed" kepada saya daripada rakan saya. Dia kata dia ternampak seorang wanita berpakaian hitam meronda-ronda di halaman kedai-kedai di East Coast Road lewat pada sebelas malam Jumaat. Dengan segera, dia memetik gambar ini dan keesokan hari, teman wanita nya yang bekerja di sebuah pusat "beauty care" antara kedai kedai tersebut memberitahu rakan saya bahawa ada seorang wanita tua yang tidak menunjukkan muka nya mengetuk pintu gelas kedainya sambil menyahut "Kum Kum..Boleh tolong? Kum Kum..Jangan tak buka pintu..."

Anggapan saya itu mungkin seorang yang berpakaian hitam sahaja tetapi saya tidak dapat memastikan bayang-bayangnya..Pasti bukan di "photoshopped" kerana saya sudah melihat EXIF data gambar itu..

Monday, February 2, 2009

Berani kah anda melibatkan diri anda seperti mereka?



Pertama kali, menyaksikan video klip ini adalah setahun lebih yang lalu. Memang seram, video klip ini. Tiga orang telah dilantik untuk berseorangan selama tiga jam di antara tempat-tempat yang "keras" di Indonesia. Satu di Kubur Pahlawan, satu di Kubur Jan Pieterszoon Coen, satu di sebuah bilik air dan terakhir di Lawang Sewu. Mungkin anda pernah melihat video klip ini dan mungkin anda tidak, seramnya jika anda di kasut mereka tetap ada dan melihat adegan jelmaan makhluk-makhluk di sana.

Lihat jika berani...

Saturday, January 31, 2009

Bayi Mati yang Aneh
















Di Thailand, seorang peladang bermimpi , anak kecilnya yang meninggal 3 hari yang lalu, merayu kepadanya hendak dipindahkan di tempat yang lain kerana "penghuni-penghuni" tanah perkuburan sana sering mengacaunya. Bila peladang itu terbangun pada esok hari itu, dia menggali pusara anaknya dan terkejut melihat jasad anaknya lebat dengan rambut, tangannya yang berkuku dan bergigi.
Hingga sekarang, peladang dan isterinya akan kerap mencukur rambut anaknya yang bertumbuh dan memotong kuku-kukunya. Kini, rumah mereka menjadi perhentian orang ramai untuk mendapat "berkat" daripada roh bayi yang aneh ini.

Kenampakan Gula-Gula Di Sebuah Army Camp Di Singapura


Gambar gula-gula ini dipetik dari sebuah army camp di Singapura di daerah Jurong. Khabarnya, di bunk itu, kenampakan gula-gula selalu terjadi pada malam Jumaat. Gambar ini dipetik di dalam bunk di tingkat bawah apabila askar tersebut terdengar bunyi kucing yang kuat.

Gambar Yang Disumpah (as heard on Ria 89.7 FM)

Sejarah Tentang Gambar Tersebut

Seorang guru sejarah melakukan riset dan tentu saja foto ini adalah nyata dan benar-benar ada. Berasal dari tahun 1920-an, dari sebuah desa di Cina. Umur sang gadis 17 tahun.Ia berasal dari keluarga yang berada dan kaya, dan dengan kekuatan uang, ia berhasilmendapatkan lelaki idamannya. Pria tersebut berumur 19 tahun, dan cukup populerdi mata para gadis-gadis karena ketampanannya. Mereka bertunangan, tetapiupacara pernikahan secara resmi belum terlaksana, dan sang gadis meniggal karenademam tinggi pada tahun 1922. Sang pria tidak ingin menjalani ritual tradisionalmenikah dengan orang yang telah mati, dan memutuskan untuk melarikan diri danmenjadi tentara.

Tetapi, seperti telah disebutkan, sang gadis berasal dari keluarga yang kaya,dan anggota keluarganya berhasil membawa sang pria untuk kembali, kemudian sang priadipaksa untuk menjalani ritual menikah dengan gadis yang telah mati. Foto ini diambil pada tengah malam, ketika sang gadis telah mati selama 6 hari.Mereka harus menyangga tubuh sang gadis dengan papan kayu, agar dapat berdiridengan tegak. Perhatikan bahwa kaki sang gadis tidak menyetuh tanah secara penuh? Dan juga, 2 baris huruf Cina, satu barisnya di tulis secara terbalik, yang dikatakandiperuntukkan bagi yang telah mati.

Mereka mengatakan jika anda menatap foto dengan waktu relatif lama,dan jika sang gadis tersenyum balik kepada anda, hal buruk akan terjadi kepada anda.Ini karena sang pria tidak ingin menjalani ritual tersebut, namun, sang pria sangat miskin,dan tidak dapat melakukan apapun pada waktu itu. Sang gadis sangat mencintainya,dan memaksanya untuk bertunangan.

AMARAN !! : -
GAMBAR YANG AKAN ANDA AKAN LIHAT INI ADALAH SEKADAR UNTUK HIBURAN. TIADA UNSUR PAKSAAN UNTUK ANDA MELIHAT GAMBAR INI. TIDAK JUGA ADA BUKTI YANG BOLEH AKAN MENGESAHKAN KEBENARANNYA.

Disclaimer : The author of this blog and Ria 89.7fm has nothing to do with anything related to the viewing of the above mentioned picture (in the form of the hyperlink). The picture is not credited to me and is for the purpose as a mysterious picture.

http://img174.imageshack.us/img174/9923/showletterxe2.jpg